Feb 8, 2013

Tip Cantik Mengikut Islam


SALAM SEMUA

Hari ni nak bagi tips kecantikan mengikut Islam. Sebenarnya kita semua 
ni nak cantik luaran sahaja. tapi ingat kawan kawan cantik dalaman juga perlu.
Dan for sure, cantik dalaman itu lagi kekal dari cantik luaran. 

jom kita lihat 6 tips cantik menurut Islam : 

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:
 Cuci muka minimum 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung 
dikeringkan oleh kain atau tuala, biarkan air itu menitis dan kering sendiri. 
Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress:
 Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah. Perbanyakkanlah 
aktiviti fizikal. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym,
 dan lain-lain. Cukup dengan perbanyakan solat. Dengan solat bererti kita 
menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada
 Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:
 Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri
 bahawa kamu adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik.

4. Untuk mendapatkan bibir cantik:
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau 
menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, 
hari Isnin dan Khamis. Jika mampu, puasalah seperti puasa Nabi Daud AS.
 Makanlah makanan yang halal lagi baik, banyak sayuran, buah-buahan dan
 minum banyak air putih.

Maksud hadis:

Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa 
Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. 
Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur 
hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga 
malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” 
[Shahih al-Bukhari, no: 3167].

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:
 Sebarkan salam dan sapaan, maka dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi ramai.

cantik nya wardina ni.  :)


1 comment:

  1. salam...masih boleh dapatkan sf produk secara borong ker? tq

    ReplyDelete

Sebarang pertanyaan boleh komen di sini atau contact saya untuk respon yang lebih cepat melalui num ; 014-5414314

 

Blog Template by YummyLolly.com