Jan 22, 2013

Cara Penggunaan


CARA PENGGUNAAN YANG BETUL 

Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan 

mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat hasil yang 

diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli 

produk ini.

Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit 
anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang dan krim malam 
adalah sama)

-sabun Vit-C (warna hijau): khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut
 atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah 
resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.

-sabun Vit-E (warna kuning): untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, 
tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai untuk
 mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)

Asas penggunaan :

1 ) cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)

2)  gunakan krim malam pada malam hari


3) gunakan krim siang pada siang hari 


Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu pada wajah yang
 tidak dilap kering atau basahkan jari dengan sedikit air agar sapuan lebih mudah 
dan licin. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau 
berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan 
krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka,

merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki 

kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat 

secara lembut dan semulajadi.

Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah 
sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan 


halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit
 tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang 
lebih bersih, cerah dan licin sekata.


Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam 
untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih dan krim siang 
usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula krim malam seperti biasa.

Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal gatal di tempat yang bermasalah dan 
pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan 
kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara
 beransur-ansur.

Berapa lama untuk melihat hasilnya?

Selain masalah kulit individu, faktor faktor lain juga turut menyumbang kepada cepat atau
 lambat nya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran 
(tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, 
sel2 kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen 
misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).

Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. 
Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.

Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai 
hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.
Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan.

Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk

 ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi dan tidak memudaratkan

 kulit untuk penggunaan berterusan/jangka panjang malahan mampu melambatkan 

tanda2 penuaan wajah setiap individu yang menggunakannya sebagai asas

 penjagaan kulit harian.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan boleh komen di sini atau contact saya untuk respon yang lebih cepat melalui num ; 014-5414314

 

Blog Template by YummyLolly.com